Alu-aluan..

.::Terima kasih kerana melawat blog saya::. kalau ada iklan tu klik la ye.:)

Saturday, April 30, 2011

kucing yang mungkin boleh membunuh...

Terdapat beberapa ekor kucing yg didapati dapat membunuh dengan menggunakan pistol..percaye x??
x caye tgk gambr2 nih...

haaa!! takot x??hhahaha :P bye..

Wednesday, April 27, 2011

sejuk dan panas

Assalamualaikum...


1. Air sejuk dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa,

2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh sepanjang hidup,

3. Liputan ais di Antartika (Kutub Selatan) dan Artik (Kutub Utara) adalah pengimbang lapisan kerak bumi yang amat panas,

4. Kombinasi kerak bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya,

5. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat lupa yang kronik,

6. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

7. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai risiko menghidapi penyakit sawan,

8. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan kaedah membalutnya dengan kain hitam,

9. Makruh mengambil air wudhu' pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit,

10, Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami histeria, gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat,

11. Air sejuk mempunyai nada bunyi yang lembut lagi mengharmonikan,

12. Air sejuk juga dipercayai boleh menguatkan tulang bayi,

13. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai pencegahan kepada pelbagai penyakit alahan dan jangkitan,

14. Air sejuk dalam ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan (diamond),

15. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan medium penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh,

16. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar,

17. Mandi air sejuk dapat menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang,

18. Air sejuk mempunyai molekul atom yang lebih stabil,

19. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwudhu',

20. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan racun dan asid yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk,

21. Oksigen dan Hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Tuesday, April 26, 2011

malaikat maut datang

Assalamualaikum..
Pendek je  entry hari ni...just nk ingatkn diri n sahabat..
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.

Sunday, April 24, 2011

minum berdiri.. apa kesannya??

Assalamualaikum..

Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan?” beliau menjawab: “Itu kebih buruk lagi”. (HR. Muslim dan Turmidzi)
Bersabda Nabi dari Abu Hurairah,“Jangan kalian minum sambil berdiri ! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan !” (HR. Muslim)

Satu kajian kesihatan oleh ahli akupuntur mengatakan, air yg masuk dgn cara duduk akan disaring oleh sfringter. Sfringter adalah sesuatu struktur maaskuler (berotot) yg boleh membuka (sehingga air kemih boleh lalu) dan menutup. Setiap air yg kita minum akan disalurkan ke 'pos-pos' penyaringan yg berada di ginjal. Maka, jika kita minum berdiri. Air yg kita minum tanpa disaring lagi akan terus menuju ke pundi kencing.  Ketika terus menuju kandung kemih, maka terjadilah pemendapan di saluran ureter. Kerana banyak limbah2 yg menyita di ureter. Inilah yg menyebabkan penyakit batu karang. Salah satu penyakit ginjal yg berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya..

subhanallah baru tau apa sebabnye Rasulullah saw menegah minum berdiri ni..lepas ni sesame la kita amalkan..:D

Thursday, April 21, 2011

Tips untuk orang tak hensem..haha

Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem (maaf ini hanya bergurau, jgn disimpan dalam hati ya bro!)

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya ^^
DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana hensem itu keturunan.. betul tak??
LIKE FATHER LIKE SON

3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau anda merasa sisi luar anda memang hampeh.
THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN

4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat bodo jer, ingat film Beauty and The Beast kan?
NO GAIN WITHOUT PAIN

5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem anda akan banyak dosa
JUST BE YOURSELF

6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)
THE TRUTH IS OUT THERE

7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, so pindah ke sana jer hehehehe
THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem…
LOVE IS BLIND

Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem..
Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain yang melihat anda….
Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda low profile,
percayalah.. orang lain pun akan setuju dgn pendapat anda
jadi percayalah pada kata hati anda (kalau anda tak hensem)…

P/s :Kalau anda tersinggung dengan artikel ini, ini bererti betul.. anda memang tak hensem.
maaf.. cuma bergurau, hahaha..

Friday, April 15, 2011

petai sebagai pewangi tandas part 2..

Assalamualaikum..

haa jumpe lg..:D seperti yg dijanjikan ni dia antara kelebihan petai ni..ia boleh menggantikan ubatan moden bg beberapa jenis penyakit antaranya:

Kemampuan otak
Di Twickenham(Middlesex) klo x silap kat England kowt..200 mahasiswa dengan mudah melalui ujian kerana memakan petai semasa sarapan,waktu rehat, dan makan tengah hari.penyelidikkan telah membuktikan bahawa buah petai mengandungi kalium tinggi dapat membantu proses pembelajaran,ia menjadikan siswa lebih teliti dan berhati-hati.

Kemurungan(Seasonal Affective Disorder -SAD)
petai mengandungi tryptophan,sejenis protein yg di tukarkn oleh badan kepada menjadi serotonin memberikan ketenangan,memperbaiki mood dan secara amnya membuat seseorang lebih bahagia..hal ini terbukti dengan kajian yg dilakukan oleh MIND yg mana diantara pesakit yg menghidap depresi,ramai diantara mereka merasa bertambah baik setelah memakan petai.

Stress
ketika stress,kadar metabolisme tinggi,akan mengurangkn kandungan kalium dlm badan.kalium adalah mineral penting untuk menstabilkan kadar degupan jantung,membekalkan oksigen ke otak dan menyesuaikan keseimbangan cairan dalam badan.Dengan memakan petai yg mana diketahui tinggi kaliumnya dapat mengimbangkan kaliun dalam badan..lepas ni klo kte tgk sesape stress kasikan je petai..haha

Untuk sistem saraf
Petai mengandungi juga vitamin V dalam jumlah besar,ini menambahkan kecekapan sistem saraf.

Strok
Dalam"The New England Jounal of Medicine",makan petai sebagai sebahagian drpd sajian makanan sehari-hari akan menurunkan risiko kematian kerana strok sehingga 40%.

Anemia
zat besi yg tinggi dalam petai dapat membantu pesakit anemia menghasilkan semula atau memproses sel darah merah..anemia ni org yg kekurangan hemoglobin dlm sel darah merah ataupun pendarahan berlebihan..teringat lak mse skola dlu de budak yg bile luka je susah nak behenti..kesian dia..

Tekanan darah tinggi
Tinggi kalium tetapi rendah rendah garam sehingga sangat mujarab mengurangkan darah tinggi.FDA Amerika mengizinkan pekebunan petai kerana kemampuannya menurunkan risiko darah tinggi dan strok.


Mual dipagi hari
makan petai antara selang masa makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.


Menstabilkan suhu badan
banyak budaya lain yg melihat petai sebagai buah 'sejuk' yg mampu menurunkan suhu badan dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya.Di Belanda misalnya,ibu hamil akan makan petai untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu yg rendah.


Gastrik,sembelit,Obessiti
ia merawat sistem pencernaan,meneutralkan asid dalam perut dan mengurangkan kesang rangsangan dengan membentuk satu lapisan penebat asid pada permukaan perut.serat yg tinggi dalam petai membantu masalah sembelit.

Membantu berhenti merokok
 Kandungan vitamin B6 dan B12,serta bergabung dengan kalium dan magnesium di dalam petai dapat membantu tubuh badan daripada menerima kesan sampingan drpd pemberhentian pengambilan nikotin secara tiba-tiba.secara tidak langsung ia membantu seseorang utk berhenti merokok.

banyak tak kelebihan petai ni??..banyak kan..:D semua yg di cipta Allah ada gunanya hanya kte je yg x tahu..subhanallah..Allah tidak jadikan sesuatu itu melainkan supaya hambaNya berfikir..

Thursday, April 14, 2011

petai sebagai pewangi tandas..

Assalamualaikum..

Opss...tajuk nampak sangat nipunye,mane plak petai jd pewangi tandas tapi mak ngan ayah ckp petai tu "pewangi tandas"(owg melayu mmg suke berkias..)..hehee :P
petang tadi nampak ayah mcm beli petai..so terfikir lak nk wat post pasal petai ni,tapi bukan pewangi tandas tau..pasal khasiat petai ni..bila kte dgr petai je kte dh tau yg baunye mak aih..xtahannn...tapi klo dh tau khasiatnye mesti dh x kesah lg dh masalah bau tu...haha

ok kte tgk dlu spec petai ni..(ceh cam laptop la plak :P)
petai mengandungi 4 kali ganda protein..
2 kali ganda karbohidrat..
3 kali ganda fosforus..
5 kali ganda vitamin A..
2 kali ganda mineral serta lain-lain vitamin berbanding epal..

petai juga dapat membekalkan banyak tenaga kerana mengandungi tiga jenis gula iaitu sukrosa,fruktosa dan glukosa yg digabungkan dengan serat..hasil dari penyelidikkan yg dijalankan(tp bukan aku la..)2 sajian petai mampu meberikan tenaga untuk aktiviti lasak selama 90 minit..nampaknye kte dh tau serba sedikit kandungan dalam petai dan kelebihan petai sebagai pembekal tenaga..untuk mengetahui khasiat ataupon kelebihan petai ni,tunggulah entry akan datang ye...

kat sni kilat sabung menyabung guruh berdentang dentum..takot plak nk on pc ni...tp betul ke klo time hujan xleh menggunakan komputer..??hmmm maybe bab ni pon akan di kongsi dlm post yg lain..jumpa lg..dan selamat malam..:D

superscary golf hazard!!

Assalamualaikum..
golf satu permainan yg bley dkatakan boring la bg bkn pemainnya..dlm bahasa terus terangnye aku la..hehee..tp klo dh camni gayenye macam xboring kowt..pagi td cam biasa la rutin jgk la,bukak email..tetibe tgk kat page yahoo tuh "superscary golf hazard"..aku pun bukak la...da ni hasilnya...


tgk ckit apa dia tulis:

The sharks were thought to be a myth for many years, but as you can see, that's no myth. Club officials speculate that the bull sharks, some of which are estimated at up to 10 feet long, washed into the lake during a flood in the early 1990s.
The sharks are in a lake that borders the holes, so it's not like your ball has to jump a shark, to coin a phrase. Still, the club has embraced its fearsome guests, touting the sharks' presence and hosting a monthly "Shark Lake Challenge." The club's general manager also feeds the sharks chicken, which is good as long as they don't get a taste for golfer flesh.
So for those of you thinking that the worst thing possible on a golf course happened to Rory McIlroy on Sunday, guess again. He could've been eaten.

ni plak video nye:


klo dh camtu gayenye memang x amek la bola yg masok tasik tu..:D

Tuesday, April 12, 2011

7 ayat cinta...

Assalamualaikum..
Sabda nabi s.a.w

 Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..


1.bismillahhirrahmannirrahim :pada

tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2.alhamdulliah :pada tiap-tiap

habis melakukan sesuatu.


3.astagfirrullah :jika tersilap

mengatakan sesuatu yang buruk.


 4.insyaallah :jika ingin melakukan

sesuatu pada masa akan datang.


 5.lahaulawalaquataillahbillah :bila

tidak dapat melakukan sesuatu yang

agak berat atau melihat sesuatu yang

buruk.


6.innalillah :jika menghadapi

musibah atau melihat kematian.


 7.laailaahaillallah :bacalah

sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga

kita tergolong dikalangan orang yang

terpilih oleh Allah.

Monday, April 11, 2011

Beras tiruan la pulak!!

Assalamualaikum..

Baru-baru ni kita di sajikan dengan berita tentang telur tiruan,br kejap td pon kluar lg berita pasal telur tiruan ni..x lama dulu aku ada terbaca pasal ikan bilis tiruan..hai apa nk jd sume nk tiruan mane nk sihat..hasil dr usaha menggoogle aku dpt satu lagi 'makanan' tiruan ni..kali ni beras pulak..makanan asasi kita tu...

Petikkan dari Korea artikel : Mingguan Hong KongBeras Plastic China
Menurut Bahasa Korea "Hong Kong Mingguan" ( banyak websiteVietnam melaporkan juga), Media Singapura menyatakan bahwa beras palsu sedang didistribusikan di Kota CHina Taiyuan, di daerah Shaanxi. "Nasi" atau beras ini merupakan gabungan dari kentang, ubi jalar, dan plastik. Hal ini dibentuk dengan mencampur kentang dan ubi jalar ke dalam bentuk biji beras, kemudian menambahkan resin sintetik industri. Kerana beras tidak seperti beras normal, tetap sulit walaupun setelah dimasak. Resin sintetis tersebut juga sangat berbahaya jika dimakan.
Seorang pegawai Restoran China Association mengatakan bahawa makan tiga mangkuk nasi palsu ini akan seperti makan satu guni plastik. Kerana keseriusan masalah ini, dia menambahkan bahawa ada kilang yang memproduksi beras palsu ini. Sementara itu, kos rendah beras palsu adalah memungkinkanmereka membuatnya untuk mendapat keuntungan yang besar..macam macam owg fikir nk dapat untung punye pasal..sampai tak fikir keselamatan dah..

ok lah jumpa lagi dlm entry akan datang..:D

Saturday, April 9, 2011

dok kat umah jer ari nih!!

Assalamualaikum...

hmmm. agak lama jgk x post merepek meraban kat sni haaa...ari ni nmpaknye berkesempatan plak nk merapu kat blog ni...plan nk la jenjalan ngan mmber cecuti ni tp bleh pulak lesen mati ari ni.. haishhh xdpt la jln jauh...camne la bley xpasan...alamatnye jalan2 blog la jawapannyo..korang tggu je la aku jengah blog korang dh lamo rasonyo x jongah blog yg hebat2 nih...tunggu yo.. den dtg ni..:)

Friday, April 1, 2011

1 Malaysia Training..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni saya nk kongsikan satu Berita baik!! kursus free sesiapa yang berminat boleh la mohon..kursus ni terbuka kepada Lepasan Pelajar Sekolah/ Graduan/ Golongan Pekerja/ Pesara mahupun Orang Awam yg penting rakyat Malaysia..

Merujuk kepada Ucapan bajet 2011 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, kerajaan telah mengumumkan untuk menjalankan Program Latihan 1 Malaysia di pusat latihan terpilih di seluruh negara.

Program ini juga akan dapat membantu rakyat dalam usaha meningkatkan pendapatan pada masa akan datang dan melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran.

BIDANG-BIDANG YANG DITAWARKAN

Kimpalan
Pembuatan
Pengeluaran
Perkhidmatan
Percetakan
Penyelenggaraan Elektrik
Elektronik
Sivil]
ICT

KAEDAH LATIHAN & TEMPOH

Program dilaksanakan di 27 ILJTM (ILP, ADTEC, JMTI)
Program berbentuk Modular (16 jam – 250 jam)
Dilaksanakan selepas waktu pejabat (Isnin – Jumaat) dan hujung minggu (Sabtu & Ahad)
Program latihan adalah secara PERCUMA.

SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia
Lepasan Pelajar Sekolah/ Graduan/ Golongan Pekerja/ Pesara/ Orang Awam.

KETERANGAN LANJUT:

Untuk keterangan senarai kursus dan tempoh latihan, sila layari Laman Web : www.jtm.gov.my/1M
Untuk permohonan, sila hubungi ILJTM berhampiran

Justeru itu, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa warga kerja dan orang awam untuk mengikuti latihan kemahiran secara Modular (Part Time) secara PERCUMA di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh negara bagi lokasi seperti berikut:- Sila klik pautan di bawah bagi kursus-kursus yang ditawarkan


JOHOR
- ADTEC Batu Pahat (07-4287722/ 33)
- ILP Pasir Gudang (07-2544170)
- ILP Ledang (06-9773800)
- ILP Mersing (07-7921700)

MELAKA
- ADTEC Alor Gajah (06-5527227 )
- ILP Bukit Katil (06-2320600)
- ILP Selandar (06-5251224)

NEGERI SEMBILAN
-ILP Pedas (06-6853564)

SELANGOR
- ADTEC Shah Alam (03-51612622)
- ILP Kuala Langat (03-31204600)

WP KUALA LUMPUR
- ILP Kuala Lumpur (03-79817495/ 96)

PERAK
- ILP Ipoh (05-5277777)
- ADTEC Taiping (05-8012600/601)

PERLIS
- ILP Kangar (04-9794000 )

KEDAH
- ADTEC Kulim (04-4042975)
- ILP Jitra (04-9161926

PULAU PINANG
- JMTI (04-5087800/806)
- ILP Kepala Batas (04-5776100)
- ILP Arumugam Pillai (04-5956000)
- ILP Perai (04-390 7269)

PERAK
- ILP Ipoh (05-5277777)

PAHANG
- ILP Kuantan (09-5801620)

TERENGGANU
- ILP Kuala Terengganu (09-6652100)

KELANTAN
- ILP Kota Bharu (09-7742448)

SABAH
- ILP Kota Kinabalu (088-499825)
- ILP Sandakan (089-240500)

SARAWAK
- ILP Kota Samarahan (082-465100)
- ILP Miri (085-655540)

WP LABUAN
- ILP Labuan (087-414911)


source: 1Malaysia Training

Blogger news

Related Posts with Thumbnails