Alu-aluan..

.::Terima kasih kerana melawat blog saya::. kalau ada iklan tu klik la ye.:)

Wednesday, June 29, 2011

Dimana Persandaran Kita..

Assalamualaikum..

Hidup ini memang menyulitkan. Setiap hari jiwa kita akan teruji dan perjalanan hidup terasa semakin hari semakin sukar. Inilah kehidupan, "Dialah (Allah) yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang paling baik amalannya.".

Ya, hidup ini adalah ujian. Menafikan hakikat ini akan menjadikan kita orang yang sentiasa kecewa dan putus asa. Menerima hakikat ini menggambarkan kebijaksanaan. Kebijaksanaan yang menonjolkan kepimpinan dan ketokohan kita sebagai hamba Allah SWT.

Sememangnya kegagalan itu sering mencederakan jiwa kita. Hati kita terluka dan meninggalkan bekas terlalu lama. Bahkan ada ketikanya, ujian hidup yang dilalui terasa begitu berat dan diluar kemampuan hingga kita kehilangan pendirian dan arah tuju.

Ujian itu umpama ombak ganas yang tidak pernah mungkir untuk menerjahkan kekuatannya pada pantai yang lembut dan tidak berdaya. Namun lebih sulit lagi kedatangan ujian ini dalam bentuk yang sentiasa berubah dan dalam masa yang tidak menentu. Jiwa kita tidak akan tenang sehinggalah kita menerima lumrah kehidupan ini dengan jiwa yang pasrah dan sabar. Namun kepasrahan dan kesabaran itu tidak akan muncul hinggalah kita benar-benar menyandarkan seluruh jiwa dan harapan kita pada Pemilik kehidupan, Pemilik jiwa dan Pemilik alam yang menentukan rintangan dan perjalanan hidup kita segalanya. Kita tidak akan merasakan ketenangan sehinggalah kita benar-benar merasai hakikat kehambaan diri serta kekuasaan Ilahi.

Salah persandaran akan menjadikan kita manusia kecewa dengan segala kelemahan dan keputus asaan. Namun memilih persandaran yang betul memerlukan ilmu yang benar dan proses memahami dan mengenali hidup dan kehidupan yang sedang kita tempuhi.

wallahu a'lam....

Sunday, June 12, 2011

Laman web yang akan di sekat...

Assalamualaikum..

Perghhh!!! sudah menjadi hobi download mendownload..tapi skang dia nk sekat plak web2 yg amat berguna ini...hmmm tapi nasib baik dia x block faveret site aku...hahaha lepas ni ramai la up citer ke ape ke kat situ..senang ckit nak donlot..hahaha

ni haaa,antara site yg diorg nk block:
  • warez-bb.org
  • thepiratebay.org
  • movie2k.to
  • megavideo.com
  • putlocker.com
  • depositfiles.com
  • duckload.com
  • fileserve.com
  • filestube.com
  • megaupload.com

 ni lak penjelasan diorg:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyatakan ia menerima permintaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keenggunaan untuk mencegah capaian kepada laman web yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Dalam satu kenyataan hari ini, SKMM menyatakan pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sudah dimaklumkan mengenai permintaan itu dan tindakan sedang diambil secara berperingkat.
Menurut SKMM, di bawah akta itu pemegang lesen berkewajipan membantu SKMM mencegah perbuatan melakukan kesalahan atau percubaan melakukan kesalahan.

"Sehubungan itu, pematuhan kepada undang-undang ini tidak harus diertikan sebagai penapisan. Butiran lanjut mengenai penguatkuasaan Akta Hakcipta 1987 boleh didapati daripada kementerian," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Thursday, June 2, 2011

Fadilat Bulan Rejab

Assalamualaikum..
Sedar x sedar kte dah pon sampai ke bln rejab..sempena dgn tibanya bulan rejab esok ana kongsikan sikit Fadilat bulan rejab ni..

Fadilat Bulan Rejab:

Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga
 

Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)
 

Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.

Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.

Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.

Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.

Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.

Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.

Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.

Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).

Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.

Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti

Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus

Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.




Blogger news

Related Posts with Thumbnails