Alu-aluan..

.::Terima kasih kerana melawat blog saya::. kalau ada iklan tu klik la ye.:)

Monday, April 21, 2014

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sunday, April 20, 2014

Lifehacker #1

Apabila kamu teringatkan seseorang
perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR,

Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari
perbanyaklah SALAWAT,

Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang
perbanyaklah SOLAT DHUHA,

Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati
perbanyaklah TAHAJUD,

Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan
hendaklah kamu senantiasa berada dalam keadaan berwudhu..

Blogger news

Related Posts with Thumbnails