Alu-aluan..

.::Terima kasih kerana melawat blog saya::. kalau ada iklan tu klik la ye.:)
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, December 28, 2012

SKMM Mengeluarkan Senarai Lebih 20 Peranti Yang Akan Ditawarkan Melalui Pakej Komunikasi Belia


Lanjutan daripada perkongsian kami berkenaan dengan rebat RM200 yang dihadkan kepada telefon pintar 3G berharga RM500 dan ke bawah sebelum ini, kini pihak SKMM telah pun mengeluarkan kenyataan dan berkongsi senarai telefon pintar 3G yang akan ditawarkan melalui rebat ini.
Antaranya adalah termasuk:
  • Alcatel One Touch Inspire 2
  • The Buzz Phone
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790
Pihak SKMM juga mengatakan berikut merupakan peranti awal yang akan ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa.
Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkannya, dengan kerjasama pengedar rasmi, yang mana akan memaparkan banner khas pada kedai mereka, dan mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu.
Pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 kelak melalui laman rasmi SKMM untuknya.
TIPS AWAL DARIPADA NAZRIEN

Sunday, June 12, 2011

Laman web yang akan di sekat...

Assalamualaikum..

Perghhh!!! sudah menjadi hobi download mendownload..tapi skang dia nk sekat plak web2 yg amat berguna ini...hmmm tapi nasib baik dia x block faveret site aku...hahaha lepas ni ramai la up citer ke ape ke kat situ..senang ckit nak donlot..hahaha

ni haaa,antara site yg diorg nk block:
  • warez-bb.org
  • thepiratebay.org
  • movie2k.to
  • megavideo.com
  • putlocker.com
  • depositfiles.com
  • duckload.com
  • fileserve.com
  • filestube.com
  • megaupload.com

 ni lak penjelasan diorg:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyatakan ia menerima permintaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keenggunaan untuk mencegah capaian kepada laman web yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Dalam satu kenyataan hari ini, SKMM menyatakan pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sudah dimaklumkan mengenai permintaan itu dan tindakan sedang diambil secara berperingkat.
Menurut SKMM, di bawah akta itu pemegang lesen berkewajipan membantu SKMM mencegah perbuatan melakukan kesalahan atau percubaan melakukan kesalahan.

"Sehubungan itu, pematuhan kepada undang-undang ini tidak harus diertikan sebagai penapisan. Butiran lanjut mengenai penguatkuasaan Akta Hakcipta 1987 boleh didapati daripada kementerian," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Tuesday, May 10, 2011

Gula naik lagi..

PUTRAJAYA 9 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuat kuasa esok.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, dengan kenaikan itu, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta.
"Dengan kadar subsidi sebanyak 20 sen sekilogram, penjimatan dapat dilakukan sebanyak RM116.6 juta. - Utusan

baru je aritu petrol Ron 97 ni gula plak..hmmm...apa boley buat..

Saturday, June 26, 2010

Gerhana Bulan malam ini-26 jun 2010



Assalamualaikum..

Gerhana bulan,kalau x silap sy dlm tahun nk masuk dua kali la fenomena ni terjadi..pertama kali tahun ni pd 1 januari aritu..td sy ada menhadiri kelas bahasa arab ngan ust Azmi,spe x knal,buat2 kenal la ye.. n mse nk blk ust Azmi ada bgtau yg malam ni ada gerhana bulan..so cari2 la dlm tnet,jumpala info ni..

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.
Gerhana bulan itu akan bermula pada jam 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.

"Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada jam 7.22 malam," kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini hari ini.

Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lalu.

Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari jam 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. - Bernama

credits:www.hmetro.com.my

sebelum sy nk blk rumah ust azmi de bagi cara2 solat gerhana..nnt klo sempat sy post dlm entry yg laen ye..ok jumpa lg..hehee

Blogger news

Related Posts with Thumbnails