Alu-aluan..

.::Terima kasih kerana melawat blog saya::. kalau ada iklan tu klik la ye.:)

Wednesday, May 18, 2011

Dunia ibarat bangkai..

Assalamualaikum..
"seorang muslim dibenarkan memakan bangkai jika berada di dlm keadaan darurat. dan darurat pula diambil sekadarnya sahaja. Begitulah dunia, ia ibarat bangkai anjing yg busuk....jamahlah ia hanya sekadar melepaskan darurat shj.."
Tetiba hati ni tersentap ble terbace status fb seorang sahabat,bekenaan dunia ni..

Tuesday, May 17, 2011

360 sendi penyelamat dari neraka..

Assalamualaikum...

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith Inside The Human Body”, mengisahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi S.A.W. 1400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut:

147 sendi di tulang belakang
25 sendi antara tulang belakang
72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar)

24 sendi di dada
2 sendi antara tulang sternum dan sangkar torasik
18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk
2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat)
2 sendi antara skapula dan dada

86 sendi di hujung teratas
2 sendi antara tulang skapula
6 sambungan antara siku
8 sendi antara pergelangan tangan
70 sendi antara tulang tangan

92 sendi di hujung terbawah
2 sendi pinggul
6 sendi antara tulang lutut
6 sambungan antara pergelangan kaki
74 sendi antara tulang kaki

11 sendi di pelvis
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
6 sendi antara tulang acetabulm
1 sendi simphisis kemaluan

Jumlah sendi 360

‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu, sesiapa yang mengagungkan Allah, bersyukur kepada-Nya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.”

[HR Muslim]

Tuesday, May 10, 2011

Gula naik lagi..

PUTRAJAYA 9 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuat kuasa esok.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, dengan kenaikan itu, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta.
"Dengan kadar subsidi sebanyak 20 sen sekilogram, penjimatan dapat dilakukan sebanyak RM116.6 juta. - Utusan

baru je aritu petrol Ron 97 ni gula plak..hmmm...apa boley buat..

Blogger news

Related Posts with Thumbnails