Alu-aluan..

.::Terima kasih kerana melawat blog saya::. kalau ada iklan tu klik la ye.:)

Saturday, May 3, 2014

Buah berangan tu camne?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan maha pengasih lagi maha penyayang..
dengan rahmatnya dapat lagi saya menulis di blog ini.. Harini keluar jalan-jalan dengan "awek" kesayangan, hanya berdua..hehee "awek" saya ni memang slim dan tinggi laksana primadona..kira hot la tp dia ni naked, insyaa Allah satu hari nanti saya nak kasi dia pakai jubah, baru cun kan..opss bukan pasal "awek" nak cerita..nanti saya tumjuk gambar dia dalam post lain ye...peace ^_^v

Nak dijadikan cerita dalam perjalanan nak balik ke rumah, teringat mak pesan bli buah berangan.. ok singgahla dekat klebang beli buah berangan..harga dia boleh tahan jugak ye RM 30 sekilo.. harini jugak hari lahir kakak saya so ada buat baca doa n makan-makan ngan family..ada kek, ada satay, saya yang sedang dalam mode diet ni pon terpaksa meelanggar pantang larang..hahaha..time makan buah berangan tu tepikir pulak.. buah berangan ni camne ea? ni buah dia ke biji dia?maklomla anak bandar.. so tanya lah pada big boss..sape lagi ayah saya la..ayah pon mula cerita zamannya kecik-kecik dulu pasal buah berangan ni..katanya macam buah jering n bila kering dia pecah berterabur la buah berangan tu atas tanah..
dengan kefahaman yang masih blur2..daripada dok berangan,cara terakhir adalah google it.. dan hasilnya...




Ada dua jenis buah berangan yang atas tu buah berangan asalnya dari cina(macam rambutan pon ada)..dan yang bawah dia pula tempatan punya buah berangan..itu yang big boss cakap..hehee ok ayah da tau..maknanya dapat lagi satu ilmu harini,buah berangan..Alhamdulillah..
Dengan itu saya mengundur diri dengan serangkap pantun, moga bermanfaat..^_^ okey selamat malam..

Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.

Monday, April 21, 2014

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sunday, April 20, 2014

Lifehacker #1

Apabila kamu teringatkan seseorang
perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR,

Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari
perbanyaklah SALAWAT,

Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang
perbanyaklah SOLAT DHUHA,

Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati
perbanyaklah TAHAJUD,

Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan
hendaklah kamu senantiasa berada dalam keadaan berwudhu..

Monday, March 17, 2014

Hi!! i'm back

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

masyaa Allah lama betul saya tak mengupdate blog ni..since start study dlu la..then skang ni saya dah abes study baru la berkesempatan nak kembali menulis blog.. hehee
ermmm...ape nak tulis ea..maklomla baru2 nak panas enjin..isu semasa? hmm mcm2 benda tak diingini berlaku at negara kita ni..dari MH370, ke tampar menampar, konsert lagi..haih..
Apepon yang terjadi yang penting jangan tinggal solat..k
alang-alang da cakap pasal solat ni, nak share ckit la apa yang saya dengar ustaz bg tazkirah at masjid smalam..

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang meninggalkan solat Subuh tiada nur pada wajahnya, sesiapa yang meninggalkan solat Zohor maka tiada padanya rezeki yang berkat, sesiapa yang meninggalkan solat Asar maka tiada padanya kekuatan badan dan sesiapa yang meninggalkan solat Maghrib tidak akan dikurniakan anak-anak yang bermanfaat, sesiapa yang solat Isyak tiada rasa nyenyak dalam tidurnya."

sedikikit penerangan hadis:
tak solat subuh, tiada nur pada wajahnya, apa pulak nur ni kan... klo segi bahase nya cahaya..tp xnmpk pon cahaya kat muka..ni maksudnya pada hari akhirat nanti nabi SAW kenal umat dia dengan nur ni la..nabi nampak muka orang2 yg solat subuh ni bercahaya..baru senang nabi nak bagi syafaat..hah sape2 yang tak solat subuh tu jangan harap la ye nabi nak kenal...

tak solat zohor pulak, tiada padanya rezki yang berkat..hmmm gaji bukan men banyak ribu riban tp masih rase tak cukup..tu tanda2 dia la tu..or contoh dapat 4k tetiba kete la rosak, betul ni betul tu, gedebak gedebuk 4k kne..abes tak dapat buat pe pon..huhuu xmo an camtu..so solat zohor kne buat..^^

tak solat Asar, tiada padanya kekuatan badan ni bley dikatakan asyik sakit je..pas satu, satu lagi penyakitnye..nauzubillahi min zalik

tak solat magrib, anak2 yang dikurniakan takde manfaat, klo kat dunia takde manfaat bley tahan lagi sekurang2nya kita masih boleh usaha sendiri..tapi bayangkan klo kita da mati, anak2 takde pon kirim pahala..doakan pon tak..

tak solat isyak, tidurnya tak nyenyak sering tergangu..(klo da tido da tak cukup mula la tido dalam kelas...hahaha gurau je..:P)

wah dekat kul 2 pg da..selamat malam sume..^_^

Blogger news

Related Posts with Thumbnails