Rasulullah s.a.w bersabda “Ada empat perkara, sesiapa yang diberi keempat perkara itu bererti dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat iaitu lisan yang selalu berzikir (kepada Allah), hati yang selalu bersyukur, badan yang sabar dalam menghadapi ujian dan seorang isteri yang tidak khianat dalam urusan diri dan hartanya. (Riwayat Thabrani melalui Ibnu Abbas r.a.)
Zikir
Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Na’im).
Syukur
Bersyukurlah dengan apapun yang diberikan samada banyak atau sedikit.
Sabar
Bersabarlah dalam menghadapi musibah dan janganlah merungut kerana setiap musibah itu ada pampasannya.Dalam hadith disebut seseorang itu tidak akan mengecap kemanisan iman sehingga dia merasakan musibah itu satu rahmat ke atasnya.
Isteri
Pilihlah isteri yang beragama seperti disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)
credit:bereh.org
No comments:
Post a Comment