Ukhwah bermaksud keterikatan hati & jiwa antara satu sama lain yang diikat dengan ikatan aqidah yang sama,atau pun kita boleh katakan persahabatan..Apabila berbicara tentang persahabatan,teringat pula pada topik muzakarah yg lepas yg membincangkn hadis ke 13,persaudaraan,iman dan islam..terdapat beberapa tingkatan dlm persahabatan(ukhwah)..
Tingkatan yang menduduki carta terendah sekali atau berada di tangga yang ketiga adalah berlapang dada. Berlapang dada bermaksud redha atau terima apa sahaja keburukan atau kebaikan yang ada pada diri sahabat kita itu. saya bagi contoh yang mudah. Seorang rakan anda telah berjanji untuk menemui anda di sesuatu tempat pada waktu yang telah ditetapkan namun, sahabat anda itu gagal menghadirkan diri berdasarkan waktu yang telah ditetapkan malahan terpaksa membatalkan perjumapaan anda atas sebab yang tidak dielakkan. Kalau kes ini terjadi kepada anda, apa yang anda akan rasa? Marah? Geram? atau sebaliknya? Jadi jalan penyelesaiannya adalah berlapang dada dan menerima apa yang terjadi itu adalah sebagai tarbiyah untuk menjadi lebih sabar. InsyaAllah
Tingkatan kedua pula Husnul Dhzon atau berbaik sangka di dalam persahabatan. Bukan mudah hendak melatih diri untuk sentiasa berbaik sangka tetapi bermujahadah untuk menjaga hati dengan berbaik sangka adalah sangat mulia. Bukan senang hendak berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berbaik sangka terhadap sahabatnya tetapi tidak susah untuk menjadi salah seorang hamba Allah yang sentiasa tersemat di dalam dirinya sikap Husnul Dhzon. Sentiasalah berfikiran positif dan rasional dalam menetukan baik dan buruknya sesuatu perkara. InsyaAllah semoga Allah permudahkan kita menjadi salah seorang hambaNya yang memiliki sikap Husnul Dhzon yang lawannya Su'u Dhzon (berburuk sangka).
Sampailah ke peringkat yang tertinggi di dalam persahabatan yakni Ithar atau melebihi sahabat. Bagaimanakah yang dimaksudkan Ithar itu? Ithar itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana diri kita mempunyai kehendak yang sendiri. Pernah dengar tentang kisah tiga orang sahabat di dalam sebuah peperangan? Kisah inilah yang bisa memberikan kepada sahabat-sahabat pembaca tentang apa itu Ithar sebenarnya. Kisahnya mengenai tiga orang sahabat yang berperang di dalam satu peperangan yang dengan izin Allah cedera dan kehausan. Datang seorang sahabat membawa air kepada sahabat yang pertama. Namun, sahabat pertama itu menolak agar air itu diberikan kepada sahabatnya yang kedua dan sanggup kehausan kerana tidak mahu sahabatnya itu kehausan. Begitu juga yang terjadi kepada sahabat yang kedua itu. Beliau menolak agar air itu dapat diminum oleh sahabatnya yang ketiga itu. Namun, tidak diminum air dan akhrinya ketiga-tiga orang sahabat itu meninggal dunia. Subhanallah. Begitulah tahap yang mampu dicapai oleh sahabat-sahabat tersebut. Kita bagaimana? Wallahua'lam
ok kita dh tahu tingkatan2 ukhwah..jom kita tgk pula cara2 ataupun tip2 utk mengukuhkan ukhwah..
tapi rasanye mcm dh panjang sangat entry ni..apa kata tip2 mengukuhkan ukhwah saya post dlm entry akan datang..hehee ops sorry jangan mare aa..^_^
-jumpa lagi-
No comments:
Post a Comment