Alu-aluan..

.::Terima kasih kerana melawat blog saya::. kalau ada iklan tu klik la ye.:)

Wednesday, April 27, 2011

sejuk dan panas

Assalamualaikum...


1. Air sejuk dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa,

2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh sepanjang hidup,

3. Liputan ais di Antartika (Kutub Selatan) dan Artik (Kutub Utara) adalah pengimbang lapisan kerak bumi yang amat panas,

4. Kombinasi kerak bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya,

5. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat lupa yang kronik,

6. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

7. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai risiko menghidapi penyakit sawan,

8. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan kaedah membalutnya dengan kain hitam,

9. Makruh mengambil air wudhu' pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit,

10, Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami histeria, gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat,

11. Air sejuk mempunyai nada bunyi yang lembut lagi mengharmonikan,

12. Air sejuk juga dipercayai boleh menguatkan tulang bayi,

13. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai pencegahan kepada pelbagai penyakit alahan dan jangkitan,

14. Air sejuk dalam ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan (diamond),

15. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan medium penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh,

16. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar,

17. Mandi air sejuk dapat menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang,

18. Air sejuk mempunyai molekul atom yang lebih stabil,

19. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwudhu',

20. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan racun dan asid yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk,

21. Oksigen dan Hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

No comments:

Blogger news

Related Posts with Thumbnails